Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Mengikuti kuliah SBLM1023 Pengantar Penulisan selama 4 interaksi pada asasnya tidaklah susah seperti yang saya duga. Cuma, di dalam kuliah ini, pensyarah akan mengajar kita teknik menulis dengan pelbagai gaya penulisan seperti penulisan kreatif, penulisan separa ilmiah dan penulisan ilmiah. Bagi pendapat saya, yang agak susah adalah macam mana kita nak memperkayakan lagi kemahiran penulisan kita. Untuk menarik hati pembaca membaca karya-karya kita tu. Jadi, apa yang saya buat? Saya perbanyakkan membaca blog-blog yang sedia ada, dan mempraktikkan dengan gaya sendiri seperti apa yang sudah diajar oleh pensyarah. Pandangan saya sebagai penulis, skil menulis dan gaya penceritaan perlu diasah menjadi mantap. Supaya apa yang kita sampaikan dalam penceritaan kita tu kelihatan matang, berilmu dan mudah difahami. Walaupun, cara penyampaian agak santai. Setiap kali saya melangkah ke kelas SBLM1023 Pengantar Penulisan, Encik Badrul Hisham bin Ghazali, Pensyarah, atau lebih selesa dengan ...
- Get link
- X
- Other Apps
Puisi Puitis Cinta dan Kasih Sayang Mama Kekal Hingga ke Jannah Anakku belahan jiwaku... Di saat engkau dilahirkan… Telah banyak darah dan keringatku dititiskan… Aku berhempas pulas dan menyabung nyawa… Demi menyambut sebuah kelahiran… Hanya Allah sahaja yang mengetahui perit jerih yang ku lalui… Anakku sumber ilhamku... Aku yang tidak pernah lelah membimbingmu… Telahku gadaikan hidupku dan berhempas pulas… Demi mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupan mu… Untuk mengajarimu erti kehidupan sebenar… Agar kau sentiasa berahlak mulia.. . Anakku harapanku... Engkau adalah anugerah terindah bagiku... Engkau juga penawar suka dan duka bagiku... Melihat dirimu membesar dan berjaya... Membuat aku bangga pada dirimu… Semoga kehidupanmu sentiasa diberkati dirahmati-Nya… Anakku permata hatiku… Aku ingin kau tahu… Aku akan selalu ada untukmu... Walaupun ranjau berduri akan ku rempuhi… Menemanimu dalam suka dan duka.. Menemanimu dikala sihat da...
- Get link
- X
- Other Apps
Bincangkan satu isu semasa yang hangat diperkatakan di media sosial dengan mengemukakan pandangan anda sendiri. Di media sosial sekarang ni, tengah hangat bercerita tentang isu Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Wow! Wow! Wow! Dunia seakan ingin kiamat bila Donald Trump membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Di mata warga Israel, keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis adalah satu kemenangan. Sebelum aku melontarkan pandangan aku dengan lebih lanjut. Aku nak cerita sedikit mengapa Baitulmaqdis ini signifikan dengan umat Islam. Kota Baitulmaqdis, Palestin Bendera Palestin Sejarah Baitulmaqdis Sejarah telah pun terlakar apabila Baitulmaqdis merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Baitulmaqdis digelar Al-Quds Ash-Sharif (Tempat Yang Suci). Bandar ini menjadi saksi kepada ke...
- Get link
- X
- Other Apps
Apakah tindakan anda jika anda dituduh melakukan jenayah sedangkan anda tidak melakukannya? Pernah tak kau hadapi situasi macam ni, kau dituduh lakukan jenayah? Tiba-tiba ada pula manusia-manusia dan anasir-anasir jahat wujud sebagai pendakwa dan penuduh ni wujud dan buat cerita kau buat jenayah. Padahal kau tak buat pun. Setiap kes adalah berbeza, tetapi kat sini aku nak kongsi beberapa 10 tips kalau kau menghadapi pertuduhan jenayah. 1. Buktikan dengan bahasa-bahasa yang tersusun dan sopan. Tapi elakkan dari menunjuk kejujuran secara melampau-lampau. Sebab orang yang jujur tak gunakan ayat seperti, " percayalah, saya tak tipu .” Jadi, ayat yang paling mudah dan asas untuk sebarang pertuduhan jenayah adalah katakan, “ saya tidak melakukannya .” 2. Gunakan bahasa muka dan badan untuk menarik kepercayaan. Bila bercakap dengan orang yang menuduh tu, cakap sambal tenung mata dia ( eye contact ). Sebab bila bercakap tak guna isyarat mat...
- Get link
- X
- Other Apps
Jika anda dapat mengubah satu peristiwa penting dalam sejarah, peristiwa apakah yang akan anda ubah dan kenapa? Mesti ramai yang telah tahu atau ingin tahu mengapa Singapura disingkir dari Malaysia pada tahun 1965. Mungkin ada juga ingat, jika Singapura tidak disingkir dari Malaysia, masalah Tanjung Pagar dan keceluparan Lee Kuan Yew menghina Malaysia tidak akan berlaku. Mungkin juga, Pulau Batu Putih kekal milik Malaysia. Dan tak perlu ada perbezaan undang-undang jika Singapura masih menjadi sebahagian daripada persekutuan Malaysia. Kalau dilihat dari urutan sejarah, penyingkiran Singapura adalah kerana adanya cita-cita peribadi Lee Kuan Yew. Singapura terlalu mementingkan haknya tanpa menghormati Semenanjung Malaysia sebagai Ketua dan Kerajaan Pusat. Sikap Singapura ini timbul kerana adanya perasaan rasa kepentingan diri yang berlebihan di pulau itu. Singapura beranggapan bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi daripada mana-mana negeri dalam Malaysi...