Mengikuti kuliah
SBLM1023 Pengantar Penulisan selama 4 interaksi pada asasnya tidaklah susah
seperti yang saya duga. Cuma, di dalam kuliah ini, pensyarah akan mengajar kita
teknik menulis dengan pelbagai gaya penulisan seperti penulisan kreatif,
penulisan separa ilmiah dan penulisan ilmiah. Bagi pendapat saya, yang agak
susah adalah macam mana kita nak memperkayakan lagi kemahiran penulisan kita.
Untuk menarik hati pembaca membaca karya-karya kita tu.
Jadi, apa yang saya
buat? Saya perbanyakkan membaca blog-blog yang sedia ada, dan mempraktikkan
dengan gaya sendiri seperti apa yang sudah diajar oleh pensyarah. Pandangan
saya sebagai penulis, skil menulis dan gaya penceritaan perlu diasah menjadi
mantap. Supaya apa yang kita sampaikan dalam penceritaan kita tu kelihatan
matang, berilmu dan mudah difahami. Walaupun, cara penyampaian agak santai.
Setiap kali saya
melangkah ke kelas SBLM1023 Pengantar Penulisan, Encik Badrul Hisham bin
Ghazali, Pensyarah, atau lebih selesa dengan panggilan Encik Bad, berjaya mewujudkan kuliah yang tidak membosankan.
Pembelajaran yang disampaikan amat menarik dan menyenangkan. Belajar dengan suasana
yang menyenangkan adalah sesuatu yang membahagiakan.
Namun kenyataannya,
untuk membangkitkan kelas dengan mode
menyenangkan bukanlah perkara mudah. Pensyarah banyak mengetengahkan
perkara-perkara baharu dan isu-isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa
kini. Sehingga ramai pelajar yang mula-mulanya dalam mode “krik krik krik”, terus tercelik dan melemparkan pendapat
masing-masing.
Dari pertemuan pertama
hingga ke pertemuan ke-4, pensyarah sentiasa membuatkan satu bilik kuliah berfikir dan bergerak secara aktif dengan
memberi kuiz dan bertanyakan pendapat. Komunikasi dua hala yang menjadikan pelajar
dapat terlibat secara aktif dan tidak malu memberi pendapat di luar kotak.
Pensyarah turut tidak
lokek dalam berkongsi pengalaman, idea, pendapat dan cadangan yang membangun
kepada para pelajar semasa membuat aktiviti membina blog sendiri, tugasan individu, tugasan kumpulan, pembentangan dan kuiz. Saya amat teruja apabila
membuat tugasan pertama dan tugasan-tugasan berikutnya. Seterusnya, apabila membina blog sendiri dan
memasukkan entri-entri seperti yang diarahkan. Rakan-rakan dan pensyarah, tidak
jemu meninggalkan komentar yang positif dan membangun di entri blog saya.
Sepanjang empat
interaksi di bilik kuliah, pensyarah memberikan tunjuk ajar dan arahan. Lantas, bertindak
sebagai seorang fasilitator, mengawasi, dan memberi penilaian. Dengan secara
langsung, saya terus bertindak aktif dan fokus terhadap arahan yang diberikan. Segala
tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dengan sempurnanya.
Terima kasih kepada
Encik Bad yang selalu bersemangat dan tidak serik-serik ketika mengajar dan menjawab
soalan-soalan di luar kotak kami. Begitulah sifat Encik Bad, pensyarah yang
selalu menghargai dan meraikan soalan dan usaha pelajar-pelajarnya di dalam bilik kuliah. Marilah
kita menghargai dan mengingati jasa pensyarah kita, insan yang mendidik kita untuk 4 jam sehari, selama empat
pertemuan di semester ini.
Saya akhiri entri kali ini dengan pantun buat Encik Bad, Pensyarah, SBLM1023 Pengantar Penulisan:
Pelangi muncul jarang
sekali,
Indah sungguh
berwarna-warni,
Jasamu Encik Bad besar
sekali,
Tidak terbalas walau
seinci.
Yang benar,
Leanagaya 😄
Rasa sedih pula dah habis kelas penulisan dgn En Bad 😢
ReplyDeleteKan... Encik Bad layan je dengan soalan2 dan lawak2 hambar kita tuu... huhuhu
DeleteSyabas. Semoga apa yang diperolehi memberi manfaat.
ReplyDeleteInsya Allah.
Delete