Apakah tindakan anda jika anda dituduh melakukan jenayah sedangkan anda tidak melakukannya? 


Pernah tak kau hadapi situasi macam ni, kau dituduh lakukan jenayah? Tiba-tiba ada pula manusia-manusia dan anasir-anasir jahat wujud sebagai pendakwa dan penuduh ni wujud dan buat cerita kau buat jenayah. Padahal kau tak buat pun.

Setiap kes adalah berbeza, tetapi kat sini aku nak kongsi beberapa 10 tips kalau kau menghadapi pertuduhan jenayah.

1.   Buktikan dengan bahasa-bahasa yang tersusun dan sopan. Tapi elakkan dari menunjuk kejujuran secara melampau-lampau. Sebab orang yang jujur tak gunakan ayat seperti, "percayalah, saya tak tipu.” Jadi, ayat yang paling mudah dan asas untuk sebarang pertuduhan jenayah adalah katakan, “saya tidak melakukannya.”


2.   Gunakan bahasa muka dan badan untuk menarik kepercayaan. Bila bercakap dengan orang yang menuduh tu, cakap sambal tenung mata dia (eye contact). Sebab bila bercakap tak guna isyarat mata macam ni, orang yang menuduh tu akan ingat kita ni bersalah.   


3.   Beri bukti yang kita betul-betul tak buat jenayah tu. Contoh, beri alibi. Tak faham apa tu ‘alibi’? Alibi bermaksud bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah.

4.   Jadi, beritahu pendakwa yang pada hari, masa dan saat itu, kau bersama siapa dan di mana. Kalau boleh panggil orang-orang yang bersama kau ketika di hari kejadian untuk jadi saksi. Pertahanan alibi adalah bukti bahawa kau berada di tempat lain, berada dengan orang lain, dan dengan itu tidak mungkin kau melakukan jenayah tu. Dengan menunjukkan kepada seorang hakim atau juri bahawa kemungkinan anda tidak hadir di tempat kejadian, anda membuat keraguan munasabah tentang kesalahan anda.



5.   Aku syorkan ambil peguam berpengalaman bagi meningkatkan peluang untuk memenangi sesuatu kes. Sebab peguam yang berpengalaman tahu selok belok dan menangani isu-isu yang panas macam ni. Pastikan jika kau merujuk mana-mana peguam yang terhampir dengan kau dah sememangnya sudah mahir dalam urusan macam ni. Jika tak,  kau sendiri yang akan tanggung kesan dan akibatnya seperti kau dan peguam akan mengalami konflik. Borang pemohonan kau tak lengkap dan akan ditolak oleh mahkamah.

6.   Mencari peguam yang berkaliber akan memberi persepsi lebih baik kepada mahkamah kerana tidak dilihat sebagai `musuh keadilan' apabila menjadi pembela kepada orang yang dituduh setiap masa.

7.   Sebab itu tidak ada salahnya kaedah ini disyorkan tetapi untuk berlaku adil tentunya kita perlu lihat kembali secara keseluruhan kenapa pendakwaan gagal memenangi kes terutama ekoran kelemahan peringkat penyiasatan.


8.   Memandangkan keseriusan tuduhan yang boleh menjejaskan integriti dan nama baik kita. Lebih baik jika kita panggil saksi yang berwibawa daripada datang ke hadapan untuk membantu siasatan supaya kebenaran terbukti.

9.   Kalau pendakwa tuduh kau lakukan jenayah, pendakwa tu mesti membuktikan kesalahan kau tanpa sebarang keraguan.

10.   Sediakan bahan bukti yang kukuh dan fakta tambahan untuk ditunjukkan kepada yang membuat tuduhan.


Ok, sekarang korang dah tahukan apa nak buat bila terperangkap dalam situasi yang menyemakkan kepala dan menyempitkan kehidupan sampai tak boleh bernafas, macam ni? Semoga perkongsian aku ini dapat memberi manfaat dan berguna apabila berhadapan dengan situasi macam ni. Jadi lepas ni, tak payah panik-panik lagi. Semoga berjumpa lagi! 💟


1

Comments

  1. Kaedah penulisan dan fakta yang menyakinkan pembaca secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca, Penulisan dan idea yang bernas signifiken yang amat besar menarik khalayak pembaca dapat memahami penjelasan yang diberikan. Tahniah atas usaha murni anda.

    ReplyDelete
  2. nice sharing . boleh digunakan sekiranya menghadapi masalah suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing..ilmu yg baik untuk diketahui..

    ReplyDelete

Post a Comment