Jika anda dapat mengubah satu peristiwa penting dalam sejarah, peristiwa apakah yang akan anda ubah dan kenapa? 

Mesti ramai yang telah tahu atau ingin tahu mengapa Singapura disingkir dari Malaysia pada tahun 1965. Mungkin ada juga ingat, jika Singapura tidak disingkir dari Malaysia, masalah Tanjung Pagar dan keceluparan Lee Kuan Yew menghina Malaysia tidak akan berlaku. Mungkin juga, Pulau Batu Putih kekal milik Malaysia. Dan tak perlu ada perbezaan undang-undang jika Singapura masih menjadi sebahagian daripada persekutuan Malaysia.

Kalau dilihat dari urutan sejarah, penyingkiran Singapura adalah kerana adanya cita-cita peribadi Lee Kuan Yew. Singapura terlalu mementingkan haknya tanpa menghormati Semenanjung Malaysia sebagai Ketua dan Kerajaan Pusat. Sikap Singapura ini timbul kerana adanya perasaan rasa kepentingan diri yang berlebihan di pulau itu.

Singapura beranggapan bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi daripada mana-mana negeri dalam Malaysia. Ia menunjukkan sikap mahu dilayan seperti satu daripada empat bahagian Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura sendiri. Ia tidak mahu dilayan seperti salah satu daripada 14 buah negeri dalam Malaysia.

Oleh itu, kalau aku dapat mengubah satu peristiwa penting dalam sejarah, aku ingin membatalkan penyingkiran Singapura dari Malaysia dan tidak membenarkan Singapura merdeka kerana kedudukan Singapura yang strategik. Ia terletak di Selat Melaka, dan merupakan salah sebuah pelabuhan terbesar di dunia. Singapura juga mempunyai potensi yang besar dari segi pertahanan, ekonomi dan politik.



Langkah pertama, aku akan menggunakan cara diplomasi untuk menyelesaikan konflik ini secara dalaman, atau memberi hak autonomi kepada Singapura.  Sekiranya Lee Kuan Yew masih berdegil, sebagai Perdana Menteri Malaysia, aku akan menggunakan langkah kedua iaitu gunakan kuasa ketenteraan. Pemimpin-pemimpin yang derhaka akan didakwa atas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (atau dikenali sebagai ISA (Internal Security Act)). Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Dengan tindakan tersebut, Lee Kuan Yew dengan konco-konconya tidak akan berani untuk menentang dan meminta untuk memerdekakan Singapura. Dengan cara ini, Malaysia akan terus maju, terkenal dan kaya dengan hasil yang ada di Singapura.

Selepas itu, aku akan bangunkan Singapura mengikut sistem Raja Berpelembagaan di mana Gabenor akan berkuatkuasa mempertahankan sistem Persekutuan Malaysia, Agama Islam dan Kebudayaan Malaysia akan diperkasakan ke peringkat dunia. Tapi kan daya, sungguh malang sekali apabila pemimpin Malaysia sendiri yang singkirkan Singapura keluar daripada Malaysia. Sekarang, kita hanya mampu melihat kehebatan Singapura dan kemajuan negaranya. 💟



Comments

  1. Singapore maju sebab dapat support dari US & Yahudi...lagipun bangsa cina ni mmg ada sifat nak menguasai (bkn rasicts ok) just pandangan dari observation sendiri.. kalau boleh ubah sejarah, sy nak ubah sejarah sistem pendidikan kat Malaysia ni...sepatutnya semua sekolah kat Malaysia ni wajib ajar semua bahasa 3 bangsa yang ada kat Malaysia ni. tdk kira lah sekolah jenis apa pun wajib tahu 3 bahasa n bahasa inggeris, barulah fair..xde la anak2 bangsa melayu ketinggalan dan boleh bersaing dgn bangsa lain kat Malaysia ni...just pandangan :P

    ReplyDelete
  2. Sedikit pengkajian yang dibuat memberi makna yang besar dalam mengenali sejarah dari sudut kacamata penulis. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. Dapat lagi pengetahuan..terbaik kak👍🏻👍🏻👐🏻

    ReplyDelete

Post a Comment