Bincangkan satu isu semasa yang hangat diperkatakan di media sosial dengan mengemukakan pandangan anda sendiri.


Di media sosial sekarang ni, tengah hangat bercerita tentang isu Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Wow! Wow! Wow! Dunia seakan ingin kiamat bila Donald Trump membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Di mata warga Israel, keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis adalah satu kemenangan.

Sebelum aku melontarkan pandangan aku dengan lebih lanjut. Aku nak cerita sedikit mengapa Baitulmaqdis ini signifikan dengan umat Islam.


 Kota Baitulmaqdis, Palestin

   
 Bendera Palestin

Sejarah Baitulmaqdis

Sejarah telah pun terlakar apabila Baitulmaqdis merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Baitulmaqdis digelar Al-Quds Ash-Sharif (Tempat Yang Suci). Bandar ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kerja-kerja para nabi serta utusan Allah swt seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Isa a.s.. Di situlah turunnya wahyu Allah swt secara berulang-ulang.

Pada tahun 620M, kira-kira satu setengah tahun sebelum Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, satu peristiwa Al-Israa' dan Al-Mi'raj (perjalanan malam dan diangkat ke langit) telah berlaku. Pada malam tersebut, dengan cara yang menakjubkan, Rasulullah s.a.w telah melakukan perjalanan yang penuh keajaiban dari Mekah ke Baitulmaqdis dan diangkat ke langit pada malam yang sama. Semasa Al-Mi'raj, Rasulullah s.a.w telah menerima perintah Allah swt untuk melaksanakan solat sebanyak lima kali sehari semalam. Allah telah memerintahkan Baginda s.a.w untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai Kiblat yang mana setiap Muslim perlu menghadap ke arahnya semasa mengerjakan solat. Justeru, Baitulmaqdis dikenali sebagai 'Ula Al-Qiblatain (Yang Pertama Antara Dua Kiblat).


Ilustrasi Salahuddin al-Ayyubi
Makam Salahuddin al-Ayyubi
Makam Salahuddin al-Ayyubi

Sultan Salahuddin al-Ayyubi Membebaskan Baitulmaqdis

Yusuf bin Ayyub (1137 - 1193) atau lebih dikenali sebagai Salahuddin al-Ayyubi. Baginda telah mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Di kalangan Nasrani dan Muslim, beliau amat dikenali dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis di dalam Perang Hattin mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai “Cukai Salahuddin”. Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua pemimpin, Salahuddin dan Richard amat menghormati antara satu sama lain.

Pada tahun 1192, kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla. Di mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan umat Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.


Donald Trump dengan Benjamin Netanyahu

Kelancangan Donal Trump

Tidak syak lagi, Donald Trump telah mengotakan janjinya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) semasa pemilihan presiden AS sebelum ini. Beliau pernah menjanjikan untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.  Kenyataan Donal Trump pada 6 Disember 2017 (Rabu) yang lepas, membuktikan bahawa dia sememangnya seorang yang jahil dengan sejarah perkembangan agama dunia. Kebiadapan Donald Trump ini pasti mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam. Ia dianggap sebagai provokasi yang melampau, menghinakan dan tidak bertanggungjawab. Aku bimbang dengan kenyataan Donal Trump yang melampau ini boleh mencetuskan perang dunia ketiga. Ia ibarat sebagai petanda yang dunia akan hancur dan bermandi darah. 

Sebagai umat Islam, kita tentu marah dengan keputusan Donald Trump itu. Persoalannya, sejak dari dahulu hingga sekarang apakah usaha konkrit yang negara-negara Islam lakukan untuk bersatu mempertahankan kota suci tersebut? Setiap hari, pasti ada saja rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam di negara mereka sendiri oleh rejim zionis. Malah, bukan sahaja di Palestin, tapi di Syria, Yaman, Iraq dan Afghanistan, pun turut menderita dengan nasib yang sama.

Pengganas yang kita lihat pada isu hari ini, bukanlah di kalangan tentera membedek tentera. Tapi kalau dilihat, pengganas sebenar ialah Donald Trump (sebagai pemimpin dan ahli potitik) dan AS itu sendiri, yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi dan konflik kepada dunia Islam hari ini datangnya daripada mereka. Malah, Donald Trump juga boleh disifatkan sebagai pemerintah yang mencaturkan politik jijik dengan matlamat melaga-lagakan masyarakat Arab dan Israel.


 Mangsa-mangsa Kekejaman Rejim Zionis

Apabila kita bercakap tentang negara Arab bermusuhan dan mempertahankan negara Palestin daripada rejim Zionis. Maka, ia akan dilabel sebagai ekstremis, radikal dan ‘terrorist’. Manakala, tindakan kejam puak rejim Zionis ini tidak pula dipandang hina dan dikeji oleh pihak yang ada hubungan diplomasi dan boleh bertoleransi dengan Israel. Bagi aku, kesalahan turut diletakkan kepada orang Arab juga, sebab tak bersatu padu dan berpecah-belah hingga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang di bawa oleh AS dan Israel sehingga menyokong tindakan AS dan Israel membabi buta. Tidak seperti Qatar dan Turki yang lantang bersuara dan mempertahankan hal Palestin.

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah tindakan yang tidak berasas kerana tidak mengambil kira tentang sejarah dan kebenaran wilayah itu. Selain itu, aku harapa semua pihak harus berfikir dan bertindak secara logik serta menghormati perjanjian yang dimeterai selama ini. Semoga Baitulmaqdis kekal menjadi ibu kota Palestin yang aman dan harmoni.




Peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Mana perginya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)? OIC yang diwujudkan ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid al-Aqsa oleh puak Zionis yang mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa untuk memupuk perpaduan dalam kalangan negara terlibat. Tetapi mengapa sehingga hari ini, OIC seolah-olah tidak mengambil langkah perlu untuk menyatukan semua negara-negara Islam di bawahnya demi membantu menangani masalah ini. Dengan kelemahan negara Arab Islam dan perpecahan mereka, mengukuhkan kedudukan dan kuasa politik Israel.

Pendapat aku, OIC sepatutnya memainkan peranan utnuk mengangkat suara umat Islam di serata dunia dan menjadikan media sebagai saluran utama untuk menyampaikan mesej bantahan sekeras-kerasnya terhadap pengisytiharaan Donald Trump. Selain itu, OIC perlu menguasai saluran media seperti akhbar, radio dan siaran televisyen bagi memenangi perang saraf menentang barat. Media turut boleh dijadikan sebagai modal mempamerkan kekejaman Israel dan sekutunya serta mengangkat suara umat Islam yang ditindas seperti di Kemboja, Afrika, Chechnya, Syria, Iraq dan sebagainya.

Aku juga berpendapat, negara OIC perlu mengukuhkan dan meningkatkan kuasa ketenteraan. Latihan ketenteraan bersama perlu diadakan dengan lebih intensif bagi menunjukkan kuasa ketenteraan negara Islam kepada dunia luar. Kerjasama pakar di dalam bidang ketenteraan perlu diambil perhatian dengan penggabungan pembangunan R&D ketenteraan negara OIC. Dengan itu, model-model seperti kereta kebal, jet pejuang, senapang dan sebagainya dapat dibangunkan sendiri oleh umat Islam tanpa bantuan negara barat.


Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Kata-Kata Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Memetik kata-kata Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam ‘tweeter’ nya yang diterjemahkan Palestine News semalam, "Apa guna Palestin tanpa adanya bumi Baitulmaqdis?".

Tokoh ulama Mesir ini turut menyeru agar umat Islam perlu bangkit dan berani untuk menentang isu ini. Beliau turut menyarankan agar umat Islam bangkit dan jangan berdiam diri di saat dihina dan tanah di rampas seperti ini.



Kesimpulan

Pada pandangan aku, kita seharusnya melihat insiden tersebut sebagai titik penyatuan umat Islam untuk bersatu menentang tindakan Donald Trump, bukan sebaliknya. AS dan Israel tidaklah sekuat mana, tetapi kita sebagai umat Islam yang lemah kerana sering bersengketa sesama sendiri.

Usaha-usaha menyatukan dan mengukuhkan semua negara Islam dapat meningkatkan kembali keyakinan umat Islam kepada OIC dalam mengangkat suara mereka secara kolektif apabila pertubuhan itu dilihat memainkan peranan penting dalam memelihara hal ehwal umat Islam sejagat terutama di Asia Barat.

Lebih penting, kekuatan OIC perlu bagi membaik pulih ketidakstabilan yang dicetuskan oleh AS dan sekutunya. OIC perlu menjadi medan pendamai di antara negara-negara Arab serta perlu jelas siapakah musuh dan siapakah rakan.

Saudara-saudaraku, masalah Baitulmaqdis bukan setakat isu agama. Ini adalah kebimbangan kemanusiaan sejagat terhadap pendudukan Israel yang tidak sah di Baitulmuqaddis dan terus bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Bangsa Yahudi ini adalah pendatang haram ke kota suci ini dan menajdi penjajah dan perampas tanah hak umat Islam.

Oleh itu, kita harus bangkit dan jangan biarkan para ekstremis dari kedua-dua belah pihak (AS dan Israel) mempengaruhi dan mengikat kamu dalam isu-isu ini.

Comments

  1. Satu pandangan yang baik, bernas dan berwibawa.

    ReplyDelete
  2. Tajuk yang menarik walhal isu ini adalah hangat dipertonton diseluruh dunia

    ReplyDelete
  3. BaitulMaqdis ni umat Islam wajib taw sejarah dia...Donald Trump tu yahudi ortodoks.kita semua kena pertahankan BaitulMaqdis.
    #pray4BaitulMaqdis
    #pray4 Palestin
    #pray4muslimin&muslimat

    ReplyDelete
  4. topik yg hangat diperkatakan kini.....umat islam kena bersatu

    ReplyDelete
  5. Kupasan yang amat menarik dan terperinci memberi kefahaman yang mendalam berkaitan isu kepada khalayak pembaca. Syabas satu tugasan yang baik dan menjadi satu sumbangan yang berharga menegakkan kebenaran walau dalam keterbatasan ruang.

    ReplyDelete
  6. Amerika memilih dia sebagai presiden kerana manifesto dia adalah untuk menghalau umat Islam di Amerika . dia contoh syaitan yang bertopengkan manusia .

    ReplyDelete
  7. Menarik..penceritaan yg menarik..baca dlm rujukan lain banyak tokok tambah yg x pasti kesahihannya..blog ni membuat sy faham penceritaanya..tq blogger..👍🏻👍🏻

    ReplyDelete

Post a Comment